Kerusi tangas mudah lipat kayu moden, khas buat wanita pentingkan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman badan.
KERUSI TANGAS MUDAH LIPAT KAYU MODEN
Proses Pembuatan Kerusi Tangas Kayu Mudah Lipat.
Tonton Tutorial Penggunaan Khemah Sauna Dan Banyak Cara Penggunaan Periuk Steamer Saunaku Dan Bekas Sebar Wap Herba / Sauna / Mandi Wap Dan Tangas.
Tonton Tutorial Penggunaan Khemah Sauna Dan Banyak Cara Penggunaan Periuk Steamer Saunaku Dan Bekas Sebar Wap Herba / Sauna / Mandi Wap Dan Tangas.
APA ITU BERTANGAS?
Bertangas ini sebenarnya adalah mandi wap atau sauna. Ia merupakan amalan penjagaan kesihatan keseluruhan tubuh badan dan bukan hanya tertumpu kepada penjagaan alat sulit sahaja.
Siapa Yang Boleh Bertangas?
Wanita Yang Telah Berkahwin Dan Anak Dara :
Sebaiknya dilakukan selepas haid atau hari haid ke 6, 7 & 8. Mampu merawat keputihan dan bau. Menegangkan kulit serta mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim.
Wanita Berpantang :
Waktu terbaik adalah hari ke 30 hingga hari ke 37 selepas darah nifas kering. Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan. Ia juga mampu mengeringkan, mengetatkan dan mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang semasa proses mengandung dan bersalin. Turut membantu mengelakan jangkitan kuman pada bahagian sulit, kembali ketat serta mengelakan keluar tombong (prolapse).
Wanita Berusia :
Sebaiknya di amalkan 1 ke 3 kali seminggu. Untuk mengembalikan "lembapan kewanitaan", terutama bg wanita yg mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.
Tempoh Rawatan :
Tempoh maksimum untuk bertangas ialah selama 30 minit. Bagi yang baru mencubanya, masa selama 15 minit sudah mencukupi.
Khasiat Lain :
Digunakan untuk memecah lemak dan selulit.
Menghaluskan kulit.
Membuang toksin dalam badan.
Proses atau kaedah bertangas wujud semenjak zaman nenek moyang kita dan ia amat popular di negara nusantara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, begitu juga di India.
Untuk makluman semua bertangas ni juga diamalkan di negara Amerika yang lebih dikenali sebagai ‘Vagina Steam’ dan juga di Korea dikenali sebagai rawatan ‘Chai Yok’. Meskipun gelarannya berbeza, namun fungsinya tetap sama malah bahan dan ramuan yang dimanfaatkan seperti rempah ratus dan herbanya adalah lebih kurang seperti yang digunakan untuk bertangas, bergantung kepada jenis serta tujuan rawatan yang ditawarkan.
Tonton Pengalaman Wanita Barat Menjalani Rawatan Bertangas / Vagina Steam.
Namun, bagi masyarakat masa kini terutamanya wanita yang kebanyakannya sibuk berkerjaya, amalan bertangas ini telah semakin dilupakan. Lebih mengerikan apabila ada golongan ibu muda yang berpantang tidak sampai dua minggu sudah yakin untuk berlegar-legar di pusat membeli-belah tanpa menghiraukan keadaan dalaman tubuh mereka.
Keadah bertangas amat mudah sebenarnya, tetapi ia kian dilupakan dengan wujudnya produk baru apatah lagi wanita moden zaman ini yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan rawatan dalaman yang membawa kesejahteraan rumah tangga dan kesihatan serta kebersihan diri.
Malah, jika ditanya pada sebahagian wanita muda ketika ini, mungkin tidak ramai yang tahu atau menyedari kelebihan amalan yang diwarisi nenek moyang sejak berabad lalu ini.
Jika kena caranya, bagi yang sudah berumahtangga dan melahirkan anak mampu mengembalikan organ intim seperti ‘anak dara’.
Selain memperbaiki bahagian luaran, kaedah bertangas ini mampu memberi impak hingga ke dalam badan sekiranya dilakukan dengan kerap.
Tonton Tutorial Bertangas Sendiri Di Rumah Oleh Pengasas Sendayu Tinggi Puan Rozita Ibrahim.
Tangas juga amalan penjagaan kesihatan keseluruhan tubuh badan dan bukan hanya tertumpu kepada penjagaan bahagian sulit semata-mata.
Malah, amalan ini dapat membantu wanita mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan, mengecutkan urat badan dan membuang angin dalam badan kerana bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan toksin keluar dari badan.
Bagi ibu bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan, kemutan faraj dan rahim.
Bertangas sebenarnya amalan ini sesuai untuk semua wanita sama ada yang belum atau sudah berkahwin.
Kaedah bertangas sesuai pada semua peringkat umur dari remaja hingga wanita yang baru menopaus untuk membuang toksin dalam badan, membersih dan menghilangkan keputihan dan melancarkan aliran darah.
Herba yang terkandung dalam set bertangas mampu merawat, memperbaiki urat dan juga bahagian sulit wanita yang tercedera semasa proses melahirkan anak.
“Kaedah Tradisional Ini Juga Mampu Menyerap Hingga Ke Dalam Badan Wanita Sekiranya Diamalkan Secara Berterusan,”
Selain itu, amalan ini dapat mencegah penyakit wanita, memperbaiki atau mengetatkan serta mengecutkan urat yang kembang akibat proses bersalin. Bertangas juga amat sesuai memperbaiki elemen dalaman wanita selepas bersalin.
Gambaran Ramuan Yang Harum Dan Segar Bertangas.
Gambaran Herba Daun Dan Kayu-Kayuan Yang Digunakan Untuk Proses Bertangas.
Gambaran Uncang Herba Daun Dan Kayu-Kayuan Yang Digunakan Untuk Proses Bertangas Dari Saunaku.
Antara gabungan ramuan yang direbus untuk menghasilkan asap wap berkhasiat dan beraroma adalah seperti serai wangi, halia, asam gelugur, manjakani, daun sireh, daun inai, daun lemuni, akar lalang, ibu kunyit, garam bukit, jintan hitam, halba, lengkuas, bunga-bungaan, dedaun herba dan banyak lagi.
Jenis-Jenis Rawatan Bertangas
Terdapat dua cara bertangas iaitu TANGAS KERING dan TANGAS BASAH.
Bertangas kering atau lebih mudah dipanggil bertangas herba itu hanya menggunakan batu sungai sebagai keperluan utama tangasnya yang kemudian dipanaskan seterusnya diletakkan di atas bahan atau ramuan herba semula jadi terpilih.
Tambahan, kaedah ini dilakukan selepas hari ke-30 berpantang (selepas darah nifas kering) selama 10 hari berturut-turut hingga hari ke-40.
Jika selepas haid, ia boleh dilakukan selepas haid kering selama tiga hingga tujuh hari berturut-turut.
Manakala bertangas basah pula secara spesifiknya dilakukan selepas hari ke-40 selepas bersalin hingga hari ke-100 di mana herba dan ramuan terpilih akan direbus di atas api.
Cara Bertangas :
Ia boleh dilakukan sama ada di atas bangku kayu berjaring, di atas bangku plastik yang mempunyai permukaan berlubang mahupun di atas kotak kayu bertangas yang boleh dibeli di kedai keperluan selepas bersalin tradisional.
Jika tidak pun, individu juga boleh lakukan tangas sambil berdiri dengan cara mengangkang sedikit di atas periuk herba yang berasap.
Tanggalkan pakaian bawahan terutama seluar dalam sebelum bertangas. Cuba berselubung agar asap herba dapat diserap secara menyeluruh oleh tubuh untuk hasil lebih berkesan.
Gambaran Duduk Berselubung Seluruh Badan Bertangas.
TIPS TAMBAHAN
Ketika bertangas boleh amalkan senaman.
kemutan otot rahim (kegel exercise) untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim.
Setelah selesai tangas, bilas faraj dengan air rebusan tangas dan air rebusan sirih.
Selepas bertangas, sebaiknya minum segelas air masak untuk menggantikan air yang telah keluar dari badan melalui peluh.
Seeloknya mandi selepas tempoh 15 minit selesai bertangas.
Bertangas biasanya dibuat dengan menyelubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyelaputi seluruh badan.
Selepas dibiarkan beberapa minit, wanita yang menjalani rawatan bertangas duduk di atas kerusi khas dengan wap air rebusan campuran herba mengenai bahagian sulit mereka.
Kebaikan Bertangas :
Bertangas yang selalunya dilakukan dalam tempoh 20 hingga 30 minit itu sebenarnya akan berfungsi seperti sauna. Asap yang dihasilkan air didihan herba itu bertindak mengeluarkan peluh menyebabkan toksin keluar daripada tubuh.
Bagi mereka yang lakukan kaedah bertangas selepas darah nifas kering atau selepas berpantang pula, ternyata ia mampu membantu proses penyembuhan serta mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj.
1. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental.
2. Mengeluarkan sisa darah haid.
3. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.
4. Melembabkan kulit sekitar kawasan faraj yang mungkin kering dan gatal selepas haid.
5. Mengencangkan otot vagina.
6. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak.
7. Mewangikan badan.
8. Mengurangkan masalah bau pada bahagian intim.
9. Mengurangkan masalah senggugut.
KERUSI TANGAS MUDAH LIPAT
Kegunaan Khas Untuk Wanita Bertangas Atau Berasap :
Bertangas amat baik utk diamalkan bagi bertujuan menjaga alat intim wanita.
Tisu vagina bersifat poros dan mudah menyerap.
Wap panas akn membuka liang roma vagina.
Khasiat herba2 yg telah dididihkan akn dibebaskan dan diserap oleh lapisan kulit seterusnya oleh kapilari darah sekitar vagina sehinggalah ke dalam rahim.
Kebaikan tangas ini terletak pada ramuan herba yang digunakan semasa rawatan.
Perbagai Ramuan herba seperti manjakani, sireh dan lain2 mampu membantu merawat keputihan, menyingkirkan masalah bau hamis, menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah, menegangkan otot-otot faraj serta membantu merawat luka dalaman selepas bersalin.
KERUSI TANGAS MUDAH LIPAT
KAYU MODEN
MATERIAL
Kayu Pine
Saiz : (P)350mm × (L)350mm × (T)420mm
Material : Kayu Jenis Pine
Kekuatan : Menampung Hingga 150KG
HARGA PROMOSI
RM 180.00
Harga Asal : RM 250.00
Kod Penghantaran Postage (Gdex)
Semenanjung Malaysia : RM 20.00
Sabah / Sarawak : RM 100.00
(1 - 3 Hari) Waktu Bekerja
Kawasan Pedalam Dalam 1 Minggu
Sabah / Sarawak (Pos Malaysia)
RM 40.00
(5 - 14 hari) Waktu Bekerja
HOT ONLINE
CALL / WHATSAPP
SAUNAONLINE4U
011 500 500 89
Klik Link Kami Untuk maklumat Lanjut Dan Update Terkini
FB - Saunaku4u HQ2
FB - SaunaOnline4u
IG - SAUNAKU Online HQ
"Ingat, Kita Yang Perempuan Ni Perlu Jaga Badan Sedari Muda. Bukan Asyik Bersolek Untuk Nampak Cantik Di Luar Tapi Dalamannya Dibiarkan ‘BERKARAT’ Tidak Berjaga"
Amalan bertangas adalah amalan tradisi yang dicipta untuk semua peringkat umur dari anak gadis hinggalah kepada wanita berumur.
Selain daripada set bertangas ini, SaunaOnline4u SaunaKu
Website - saunaonline4u.blogspot.com
IG - saunaonline4u_hq2
Juga menyediakan set saunaku untuk kesihatan badan luaran dan dalaman khas buat lelaki dan wanita yang penting kesihatan badan.
(2 in 1 sauna wap tangas)
SELAMAT BERAMAL!
0 Comments:
Post a Comment